Macam Mana Mengetahui Dan Merawat Gastrik?
Malang tidak berbau, selepas 1 penyakit, datang pulak yg lain. 2 minggu yang lalu, terjadi MIGRAIN yg terok, skang ok la skit migrain tuw. Sekarang, datang pulak Gastrik.. Nasib ohhh nasib….
Cerita nie bermula 4-5 ary lps, baru je balik dari daftar POLIMAS utk semester baru, saya mengalami diarrhoe a.k.a. cirit birit yang teruk. Pada mulanya saya menyangka ianya hanyalah sesuatu yang biasa dan akan pulih. Tetapi tekaan saya ternyata silap, HAHA. Ianya berlarutan sehingga seminggu dan terpaksa berjumpa dengan doktor, time tuw keadaan memang teruk sangat, muntah2, perut berbunyi 24 jam mcm ada “benda” dok menari dlm perut nie dgn cirit – birit smpai kuar air je.
Badan pulak rasa sangat2 lemah sbb DEHYDRATION. Saya ingat time tuw mmg nak mati dah… Atoyh.. Rupa-rupanya cirit-birit yang saya alami berpunca daripada gastrik. Ianya berlaku apabila asid hidroklorik (pH 1~2) yang dirembes untuk mencerna makanan didalam perut kita terlalu banyak daripada kebiasaannya.
Jadi, sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti dibawah, anda kemungkinan menghidap gastrik dan perlu segera bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
•Hilang selera makan
•Pedih dan sakit perut
•Cirit birit yang teruk melebihi 3 hari
•Senak, rasa berangin dan tidak selesa pada kawasan perut
•Perut kembung, kerap sendawa dan buang angin (kentut) selepas makan
•Perut berbunyi kuat adakalanya terlalu kuat
•Rasa
loya seolah-olah ada makanan di tekak anda
•Muntah (akibat tolakan gas daripada perut)
•Berat badan susut
Ketika saya diberitahu doktor bahawa saya menghidap gastrik, saya terpinga-pinga tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana saya tidak tahu punca berlakunya gastrik ini dan juga cara untuk menjaga makan selepas menghidap gastrik. Mujurlah doktor banyak membantu saya.
Gastrik ini sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa kerana gaya hidup kita pada masa kini yang kurang sihat. Jadi sekiranya anda baru pertama kali menghidap gastrik dan tidak tahu apa yang perlu dibuat, anda perlu elakkan:
Makanan Bercili
Ketika menghidap gastrik, anda adalah sama sekali dilarang makan makanan yang pedas/ menggunakan cili walaupun ianya hanyalah sos cili apatah lagi sambal belacan. Bak kata doktor, apa yang dirasa di perut, tak dirasa di mulut.
Makanan Masam
Selain makanan yang pedas, anda juga perlu berpantang daripada makan makanan yang masam seperti jeruk dan juga keju. Ya, anda tidak boleh makan pizza dan juga burger ber 'cheese'.
Kopi
Kebiasaannya zaman belajar memang tak boleh lari daripada kopi. Jadi, elakkan minum kopi kerana ianya mengandungi kaffein yang menghakis perut anda.
Minuman Bergas & Makanan Berangin
Elakkan minum minuman bergas dan makanan berangin kerana ianya akan membuatkan perut anda berangin
- Gas asid hidroklorik + gas karbonat = Cirit birit/ muntah/ perut lebih sakit
Merokok
Apa lagi perlu dikatakan, merokok banyak mendatangkan kemudaratan.( tpi masih stay hisap gak ) -_-"
Anda digalakkan untuk melebihkan minum susu dan juga makan dalam kuantiti yang sederhana tetapi kerap kerana asid yang dihasilkan perut itu akan membuatkan anda kerap lapar daripada biasa.
Untuk keterangan yang lebih lanjut, adalah wajar anda berjumpa dan mendapatkan nasihat daripada doktor. Biasanya apabila anda menghidap gastrik, anda perlu mengambil ubat yang diberi sekitar 2 hingga 8 minggu. Sekiranya tempoh 8 minggu itu anda masih belum pulih, mungkin anda terpaksa perlu membenarkan doktor memasukkan kamera kedalam perut anda untuk melihat suasana dalam perut anda.
Bagaimana pula nak tahu kalau anda sudah pulih daripada gastrik?
Jika anda rasakan badan anda sudah kembali 'fit' dan mampu melakukan tugasan tanpa rasa sakit perut dan tiada lagi tanda-tanda di atas. Selain itu, anda juga boleh melihat pada warna najis anda. Sekiranya najis anda berwarna hitam, itu bermakna anda masih lagi belum sihat.